Skip to main content

Posts

Showing posts from October, 2020

9 Lokasi Aktiviti Pelancongan Eko Yang Menarik Di Negeri Selangor

Sektor Pelancongan Eko Menerima Perhatian Yang Signifikan dalam Kalangan Pelancong di Negeri Selangor | Keunikan sektor pelancongan eko telah menarik minat pelancong dari seluruh dunia untuk mengambil bahagian dalam aktiviti luar dan alam semula jadi di Negeri Selangor. Dengan pelbagai aktiviti pelancongan eko yang menarik dan cukup mengujakan di Negeri ini, apa kata anda luangkan masa senggang anda dengan menikmati dan menjalani aktiviti luar di cadangan lokasi seperti berikut: FOREST RESEARCH INSTITUTE MALAYSIA (FRIM), KEPONG Antara tempat menarik untuk melakukan aktiviti dengan gabungan alam semula jadi adalah di Forest Research Institute Malaysia (FRIM), Kepong. Dengan keluasan 600 hektar, ia dikelilingi oleh Hutan Simpan Bukit Lagong di mana tempat ini menyediakan pelbagai aktiviti kepada pengunjung yang datang. Salah satu tarikan terbaharu di sini ialah ‘ Sky Walk’, manakala antara aktiviti yang boleh dilakukan di FRIM adalah seperti berjoging di Rover Track, berjalan kaki di

Riadah Bersama Keluarga Di G2G Animal Garden, MAEPS Serdang

Bismillah, Hari ini VC ingin membawa anda menuju ke Serdang, Selangor kerana di situ terdapat sebuah Petting Zoo yang terletak di MAEPS Serdang. Biasa dengar tentang G2G Animal Garden ? Actually ni merupakan pertama kali VC membawa keluarga ke Petting Zoo, G2G Animal Garden walaupun jarak dari rumah tak lah jauh mana. VC pergi seawal 10 pagi, niat nak datang sebelum orang mulai ramai. Tapi tak sangka pula sesampai nya VC di sana, orang dah ramai beratur. Almaklumlah cuti umum, memang ramai ibu bapa turut mengambil kesempatan untuk membawa anak-anak mereka beriadah lebih-lebih lagi ke tempat tumpuan seperti Petting Zoo, G2G Animal Garden ni. Best juga berada di sini, ada banyak haiwan dan aktiviti boleh dilakukan bersama keluarga. Ada banyak lokasi haiwan yang boleh korang kunjungi seperti taman burung, rumah kucing, taman arnab, taman rusa, kandang kambing, ladang burung unta, rumah reptilia dan banyak lagi. Kawan-kawan VC kata haiwan-haiwan yang ada di Petting Zoo, G2G Animal Garden i

STREET ART Tumpuan Pelancong Di Selangor

Bismillah, Kredit Penuhkan Memori Telefon Anda dengan Gambar Karya Seni Yang Unik & Menarik di Selangor | Terdapat banyak seni jalanan yang boleh dilawati di Negeri Selangor. Seni jalanan dapat membantu industri pelancongan dengan menjadi salah satu destinasi pelancongan untuk para pelancong. Terdapat kawasan seni jalanan di Lembah Klang dan Shah Alam yang telah menghasilkan karya seni jalanan yang menarik. Seni jalanan ini mendapat sambutan hangat oleh pengunjung yang hadir untuk bergambar. Oleh itu, berikut adalah senarai seni jalanan yang boleh dikunjungi di Negeri Selangor: LAMAN SENI 7, SEKSYEN 7 SHAH ALAM Kredit Laman Seni 7 merupakan sambungan daripada Laman Seni 2 di Seksyen 7, Shah Alam, berdekatan dengan i-City di mana ia merupakan tempat atau zon yang kreatif dan cantik yang diwujudkan bertujuan untuk penghayatan bidang seni lukis dan kreatif. Kawasan ini adalah hasil daripada inisiatif Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) untuk mengubah lorong belakang kawasan komersial d

Destinasi Tarikan Pelancong Di Subang Jaya

Bismillah, SUBANG JAYA, GAYA HIDUP BANDARAYA MODEN | Sejak dibangunkan pada tahun 1976, Subang Jaya kini menjadi kawasan yang maju dan moden. Bandaraya Subang Jaya telah menerima status sebagai sebuah Bandaraya susulan pengisytiharan naik-taraf Majlis Perbandaran Subang Jaya kepada Majlls Bandaraya Subang Jaya pada 20 Oktober 2020. Bandaraya ini sangat unik dan menarik kerana dilengkapi dengan pelbagai aspek seperti kemudahan pengangkutan awam yang baik serta kawasan institusi pengajian tinggi seperti kolej dan universiti, pusat membeli-belah dan komersial, hospital, kawasan hiburan dan banyak lagi.  Merujuk kepada data statistik kedatangan pelancong ke Negeri Selangor untuk Tahun 2019, Bandaraya Subang Jaya telah merekodkan jumlah kedatangan pelancong yang tertinggi ke Negeri Selangor iaitu sebanyak 1.8 juta orang pelancong daripada keseluruhan 7.62 juta pelancong pada tahun sama. Hal ini merupakan bukti yang nyata, Bandaraya Subang Jaya merupakan sebuah destinasi pelancongan yang ut

Sky Mirror : Salar De Uyuni Malaysia Di Kuala Selangor

Bismillah, Sky Mirror Tempat Pelancongan Unik dan Menarik Di Kuala Selangor | Tak ramai yang tau tentang tempat ini malah VS sendiri terpinga-pinga bila diberitahu ada tempat tumpuan pelancong yang terletak di tengah-tengah laut Selat Melaka. Bila VS buat carian di Google, rupa-rupanya lokasi tersebut dah mendapat liputan melalui blog-blog berbahasa cina. Jadi kali ini VS berpeluang untuk menyertai trip ke lokasi pelancongan terbaru yang terletak di Sasaran, Kuala Selangor yang dipanggil Sky Mirror. (kredit) Sky Mirror diberi nama hasil daripada kesan pantulan langit di atas permukaan dataran pasir di tengah-tengah laut Selat Melaka. VS tak sangka di tengah-tengah laut tersebut wujudnya dataran pasir sebesar padang bola. Jadi bila dataran tersebut ditenggelami air laut, kita akan dapat melihat seolah-olah kita sedang berdiri di atas lautan. Permandangannya sangat cantik sesuai bagi mereka yang ingin mengambil gambar atau kepada mereka yang ingin membuat photoshoot gambar perkahwinan m

Selamat Datang Ke Vocab Selangor

Bismillah, Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani akhirnya terciptalah Vocab Selangor. Vocab Selangor ini merupakan merupakan salah satu cabang infomedia yang diinspirasikan daripada Vocab Kelantan dan Vocab Johor . Di sini VS ingin berkongsi dengan pembaca tentang tempat-tempat yang menarik yang terdapat di negeri Selangor, tempat-tempat makan yang popular dan sedap dan sebarang info dan pengetahuan am tentang negeri ini. VS turut mengalu-alukan sebarang bentuk kerjasama dan info-info dari anda sekiranya anda ada maklumat atau hebahan yang ingin dikongsikan kepada pembaca di Vocab Selangor ini. Sebarang maklumat yang ingin disampaikan atau dikongsikan bolehlah dihantar melalui emel vocabselangor@gmail.com .