Skip to main content

Sky Mirror : Salar De Uyuni Malaysia Di Kuala Selangor

Bismillah,


Sky Mirror Tempat Pelancongan Unik dan Menarik Di Kuala Selangor | Tak ramai yang tau tentang tempat ini malah VS sendiri terpinga-pinga bila diberitahu ada tempat tumpuan pelancong yang terletak di tengah-tengah laut Selat Melaka. Bila VS buat carian di Google, rupa-rupanya lokasi tersebut dah mendapat liputan melalui blog-blog berbahasa cina. Jadi kali ini VS berpeluang untuk menyertai trip ke lokasi pelancongan terbaru yang terletak di Sasaran, Kuala Selangor yang dipanggil Sky Mirror.

Sky Mirror diberi nama hasil daripada kesan pantulan langit di atas permukaan dataran pasir di tengah-tengah laut Selat Melaka. VS tak sangka di tengah-tengah laut tersebut wujudnya dataran pasir sebesar padang bola. Jadi bila dataran tersebut ditenggelami air laut, kita akan dapat melihat seolah-olah kita sedang berdiri di atas lautan. Permandangannya sangat cantik sesuai bagi mereka yang ingin mengambil gambar atau kepada mereka yang ingin membuat photoshoot gambar perkahwinan mahupun majalah.

VS bergerak dari Damansara dengan menaiki bas menuju ke Kuala Selangor. Kami pergi ke Sky Mirror menggunakan pakej yang ditawarkan oleh ejen tempatan. Perjalanan kami mengambil masa sekitar satu jam sebelum sampai ke Jeti Penambang, Kuala Selangor. Di sana kami menunggu ketibaan bot yang akan membawa kami terus ke Sky Mirror. Dalam satu-satu masa pelancong yang mahu ke Sky Mirror itu mampu mencapai seramai 1000 orang lebih-lebih lagi pada hari cuti hujung minggu dan cuti pelepasan am. Perjalanan menuju ke Sky Mirror pula memakan masa selama 20 minit.

Setibanya di sana nanti, anda boleh melihat sekeliling seolah-oleh anda terdampar di sebuah pulau pasir landai yang terletak di tengah-tengah lautan, jauh dari daratan. Jika anda datang bersendirian, travel agent akan menawarkan khidmat mengambil gambar menggunakan prop yang mereka bawa bersama. Jadi tak usah risau kalau anda tak bawa prop sendiri. Kami juga diberi masa selama satu jam untuk mengambil gambar di Sky Mirror sebelum mula bertolak ke destinasi seterusnya.

(kredit)

Destinasi berikutnya adalah di Pulau Angsa yang terletak tidak jauh daripada Sky Mirror. Ia merupakan pulau yang penuh dengan sejarah sewaktu ketibaan Bugis suatu masa dahulu dan kini merupakan tempat rekreasi dan menjadi lokasi pembiakan tiram. Kami berhenti untuk berehat di Pulau Angsa sambil menikmati panorama sekitar pulau tersebut. Di sini kami diberikan kudapan sekadar mengalas perut. Pada ketinggian 100 kaki dari aras laut, puncak Pulau Angsa ini terdapat sebuah rumah api yang membantu nelayan dan bot-bot yang ada disekitar tentang lokasi mereka berada. Di sini juga kami diberi tempoh selama satu jam sebelum berangkat pulang ke Jeti Penambang.

Di sepanjang perjalanan pulang VS dapat lihat beberapa hidupan liar yang mencari makan di kawasan sekitar sewaktu air surut di sekitar hutan paya bakau. Antaranya ialah monyet, pelbagai jenis bangau, burung helang, ketam, lala, siput, kerang-kerangan, umang-umang dan spesis ikan seperti belacak. Perjalanan pergi dan balik dari Jeti Penambang VS anggarkan memakan masa lebih kurang 4 jam. Ia merupakan satu pengalaman yang menarik kerana Sky Mirror merupakan keindahan alam semulajadi yang mana ia juga dipanggil Salar De Uyuni, salah satu keajaiban alam semulajadi yang sama ditemui di Bolivia.


Kepada anda yang belum pernah tiba di Sky Mirror, Kuala Selangor ni boleh la datang ke sini bersama keluarga dan kawan-kawan. Berbaloi kerana ia merupakan kejadian alam semulajadi yang tak ada lagi di negara-negara lain selain Bolivia.


Kita Pusing Selangor Dulu Ye!

Comments

Popular posts from this blog

Riadah Bersama Keluarga Di G2G Animal Garden, MAEPS Serdang

Bismillah, Hari ini VC ingin membawa anda menuju ke Serdang, Selangor kerana di situ terdapat sebuah Petting Zoo yang terletak di MAEPS Serdang. Biasa dengar tentang G2G Animal Garden ? Actually ni merupakan pertama kali VC membawa keluarga ke Petting Zoo, G2G Animal Garden walaupun jarak dari rumah tak lah jauh mana. VC pergi seawal 10 pagi, niat nak datang sebelum orang mulai ramai. Tapi tak sangka pula sesampai nya VC di sana, orang dah ramai beratur. Almaklumlah cuti umum, memang ramai ibu bapa turut mengambil kesempatan untuk membawa anak-anak mereka beriadah lebih-lebih lagi ke tempat tumpuan seperti Petting Zoo, G2G Animal Garden ni. Best juga berada di sini, ada banyak haiwan dan aktiviti boleh dilakukan bersama keluarga. Ada banyak lokasi haiwan yang boleh korang kunjungi seperti taman burung, rumah kucing, taman arnab, taman rusa, kandang kambing, ladang burung unta, rumah reptilia dan banyak lagi. Kawan-kawan VC kata haiwan-haiwan yang ada di Petting Zoo, G2G Animal Garden i

9 Lokasi Aktiviti Pelancongan Eko Yang Menarik Di Negeri Selangor

Sektor Pelancongan Eko Menerima Perhatian Yang Signifikan dalam Kalangan Pelancong di Negeri Selangor | Keunikan sektor pelancongan eko telah menarik minat pelancong dari seluruh dunia untuk mengambil bahagian dalam aktiviti luar dan alam semula jadi di Negeri Selangor. Dengan pelbagai aktiviti pelancongan eko yang menarik dan cukup mengujakan di Negeri ini, apa kata anda luangkan masa senggang anda dengan menikmati dan menjalani aktiviti luar di cadangan lokasi seperti berikut: FOREST RESEARCH INSTITUTE MALAYSIA (FRIM), KEPONG Antara tempat menarik untuk melakukan aktiviti dengan gabungan alam semula jadi adalah di Forest Research Institute Malaysia (FRIM), Kepong. Dengan keluasan 600 hektar, ia dikelilingi oleh Hutan Simpan Bukit Lagong di mana tempat ini menyediakan pelbagai aktiviti kepada pengunjung yang datang. Salah satu tarikan terbaharu di sini ialah ‘ Sky Walk’, manakala antara aktiviti yang boleh dilakukan di FRIM adalah seperti berjoging di Rover Track, berjalan kaki di

Destinasi Tarikan Pelancong Di Subang Jaya

Bismillah, SUBANG JAYA, GAYA HIDUP BANDARAYA MODEN | Sejak dibangunkan pada tahun 1976, Subang Jaya kini menjadi kawasan yang maju dan moden. Bandaraya Subang Jaya telah menerima status sebagai sebuah Bandaraya susulan pengisytiharan naik-taraf Majlis Perbandaran Subang Jaya kepada Majlls Bandaraya Subang Jaya pada 20 Oktober 2020. Bandaraya ini sangat unik dan menarik kerana dilengkapi dengan pelbagai aspek seperti kemudahan pengangkutan awam yang baik serta kawasan institusi pengajian tinggi seperti kolej dan universiti, pusat membeli-belah dan komersial, hospital, kawasan hiburan dan banyak lagi.  Merujuk kepada data statistik kedatangan pelancong ke Negeri Selangor untuk Tahun 2019, Bandaraya Subang Jaya telah merekodkan jumlah kedatangan pelancong yang tertinggi ke Negeri Selangor iaitu sebanyak 1.8 juta orang pelancong daripada keseluruhan 7.62 juta pelancong pada tahun sama. Hal ini merupakan bukti yang nyata, Bandaraya Subang Jaya merupakan sebuah destinasi pelancongan yang ut