Skip to main content

Riadah Bersama Keluarga Di G2G Animal Garden, MAEPS Serdang

Bismillah,


Hari ini VC ingin membawa anda menuju ke Serdang, Selangor kerana di situ terdapat sebuah Petting Zoo yang terletak di MAEPS Serdang. Biasa dengar tentang G2G Animal Garden? Actually ni merupakan pertama kali VC membawa keluarga ke Petting Zoo, G2G Animal Garden walaupun jarak dari rumah tak lah jauh mana. VC pergi seawal 10 pagi, niat nak datang sebelum orang mulai ramai. Tapi tak sangka pula sesampai nya VC di sana, orang dah ramai beratur. Almaklumlah cuti umum, memang ramai ibu bapa turut mengambil kesempatan untuk membawa anak-anak mereka beriadah lebih-lebih lagi ke tempat tumpuan seperti Petting Zoo, G2G Animal Garden ni.

Best juga berada di sini, ada banyak haiwan dan aktiviti boleh dilakukan bersama keluarga. Ada banyak lokasi haiwan yang boleh korang kunjungi seperti taman burung, rumah kucing, taman arnab, taman rusa, kandang kambing, ladang burung unta, rumah reptilia dan banyak lagi. Kawan-kawan VC kata haiwan-haiwan yang ada di Petting Zoo, G2G Animal Garden ini semakin banyak. Anak-anak pun seronok sebab boleh bagi haiwan makan, bergambar dengan haiwan, menunggang kuda, fish scooping dan macam-macam lagi.

Makanan haiwan-haiwan ternakan di Petting Zoo, G2G Animal Garden juga boleh dibeli di sana pada harga RM1 sahaja. Fish scooping pula RM5 (boleh bawa balik ikan) dan pony ride juga RM5. Actually kat Petting Zoo, G2G Animal Garden tak strict sangat. Anda boleh bawa bekal atau makanan untuk dibawa ke sana kerana di sana pun makanan untuk para pengunjung adalah terhad.

Untuk harga tiket pula, anda boleh lihat senarai harga seperti yang tertera di bawah ini :


Rate harga (MyKad)

Dewasa : RM20

Kanak2 : RM15


  • Family package : 2 dewasa + 2 kanak-kanak = RM60

Rate harga (Pelancong Asing)

Dewasa : RM30

Kanak2 : RM25


Waktu Operasi :

Weekdays 10 am - 6 pm

Weekend / Public holiday : 9.30 am - 6 pm

Jadi memang berbaloi kalau dapat bawa keluarga dan anak-anak sekali ke Petting Zoo, G2G Animal Garden ni. Selain meluangkan masa bersama keluarga, anak-anak juga dapat belajar dan mempelajari tentang haiwan-haiwan yang ada di Petting Zoo, G2G Animal Garden. VC memang recommend Petting Zoo, G2G Animal Garden sebagai lokasi riadah bersama keluarga. InsyaAllah kalau ada peluang memang VC akan bawa keluarga dan rakan-rakan ke sini.

Sama-samalah kita berdoa agar pandemik covid-19 ini segera beransur pulih dan kita boleh beriadah kembali bersama keluarga dan rakan-rakan tersayang.


#vocabselangor #pusingselangordahulu #iniselangorkita


Comments

Popular posts from this blog

STREET ART Tumpuan Pelancong Di Selangor

Bismillah, Kredit Penuhkan Memori Telefon Anda dengan Gambar Karya Seni Yang Unik & Menarik di Selangor | Terdapat banyak seni jalanan yang boleh dilawati di Negeri Selangor. Seni jalanan dapat membantu industri pelancongan dengan menjadi salah satu destinasi pelancongan untuk para pelancong. Terdapat kawasan seni jalanan di Lembah Klang dan Shah Alam yang telah menghasilkan karya seni jalanan yang menarik. Seni jalanan ini mendapat sambutan hangat oleh pengunjung yang hadir untuk bergambar. Oleh itu, berikut adalah senarai seni jalanan yang boleh dikunjungi di Negeri Selangor: LAMAN SENI 7, SEKSYEN 7 SHAH ALAM Kredit Laman Seni 7 merupakan sambungan daripada Laman Seni 2 di Seksyen 7, Shah Alam, berdekatan dengan i-City di mana ia merupakan tempat atau zon yang kreatif dan cantik yang diwujudkan bertujuan untuk penghayatan bidang seni lukis dan kreatif. Kawasan ini adalah hasil daripada inisiatif Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) untuk mengubah lorong belakang kawasan komersial d...

Selamat Datang Ke Vocab Selangor

Bismillah, Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani akhirnya terciptalah Vocab Selangor. Vocab Selangor ini merupakan merupakan salah satu cabang infomedia yang diinspirasikan daripada Vocab Kelantan dan Vocab Johor . Di sini VS ingin berkongsi dengan pembaca tentang tempat-tempat yang menarik yang terdapat di negeri Selangor, tempat-tempat makan yang popular dan sedap dan sebarang info dan pengetahuan am tentang negeri ini. VS turut mengalu-alukan sebarang bentuk kerjasama dan info-info dari anda sekiranya anda ada maklumat atau hebahan yang ingin dikongsikan kepada pembaca di Vocab Selangor ini. Sebarang maklumat yang ingin disampaikan atau dikongsikan bolehlah dihantar melalui emel vocabselangor@gmail.com .

Sky Mirror : Salar De Uyuni Malaysia Di Kuala Selangor

Bismillah, Sky Mirror Tempat Pelancongan Unik dan Menarik Di Kuala Selangor | Tak ramai yang tau tentang tempat ini malah VS sendiri terpinga-pinga bila diberitahu ada tempat tumpuan pelancong yang terletak di tengah-tengah laut Selat Melaka. Bila VS buat carian di Google, rupa-rupanya lokasi tersebut dah mendapat liputan melalui blog-blog berbahasa cina. Jadi kali ini VS berpeluang untuk menyertai trip ke lokasi pelancongan terbaru yang terletak di Sasaran, Kuala Selangor yang dipanggil Sky Mirror. (kredit) Sky Mirror diberi nama hasil daripada kesan pantulan langit di atas permukaan dataran pasir di tengah-tengah laut Selat Melaka. VS tak sangka di tengah-tengah laut tersebut wujudnya dataran pasir sebesar padang bola. Jadi bila dataran tersebut ditenggelami air laut, kita akan dapat melihat seolah-olah kita sedang berdiri di atas lautan. Permandangannya sangat cantik sesuai bagi mereka yang ingin mengambil gambar atau kepada mereka yang ingin membuat photoshoot gambar perk...