Skip to main content

Destinasi Tarikan Pelancong Di Subang Jaya

Bismillah,


SUBANG JAYA, GAYA HIDUP BANDARAYA MODEN | Sejak dibangunkan pada tahun 1976, Subang Jaya kini menjadi kawasan yang maju dan moden. Bandaraya Subang Jaya telah menerima status sebagai sebuah Bandaraya susulan pengisytiharan naik-taraf Majlis Perbandaran Subang Jaya kepada Majlls Bandaraya Subang Jaya pada 20 Oktober 2020. Bandaraya ini sangat unik dan menarik kerana dilengkapi dengan pelbagai aspek seperti kemudahan pengangkutan awam yang baik serta kawasan institusi pengajian tinggi seperti kolej dan universiti, pusat membeli-belah dan komersial, hospital, kawasan hiburan dan banyak lagi. 

Merujuk kepada data statistik kedatangan pelancong ke Negeri Selangor untuk Tahun 2019, Bandaraya Subang Jaya telah merekodkan jumlah kedatangan pelancong yang tertinggi ke Negeri Selangor iaitu sebanyak 1.8 juta orang pelancong daripada keseluruhan 7.62 juta pelancong pada tahun sama. Hal ini merupakan bukti yang nyata, Bandaraya Subang Jaya merupakan sebuah destinasi pelancongan yang utama di Malaysia khususnya di Negeri Selangor.


Oleh itu, ‘team’ Tourism Selangor menyenaraikan beberapa keunikan dan keistimewaan Bandaraya Subang Jaya yang perlu anda ketahui dan mungkin untuk anda lawati dan diletakkan dalam senarai “Places to Visit” dalam jurnal pelancongan peribadi anda!


BANDAR MINES

Bandar Mines ini dirasmikan pada tahun 2011 yang kini merupakan sebuah bandar peranginan dan kesihatan. Tempat ini terkenal dengan hotel-hotel mewah, tempat penjagaan kesihatan yang berkualiti, dewan besar dan banyak lagi. Destinasi pelancongan yang sering dikunjungi di Mines Wellness City adalah seperti The Mines Golf Club and Resort, The Mines Beach Resort & Spa, Malaysia International Exhibition & Showroom (M.I.N.E.S), The Mines Shopping Fair, dan juga The Mines Waterfront Business Park. Destinasi pelancongan ini juga terkenal untuk pelancong dari negara Timur Tengah. 


BANDAR SUNWAY 

Bandar Sunway terkenal sebuah kawasan pelancongan yang menarik yang boleh dikunjungi. Antara tarikan di sini adalah taman tema air Sunway Lagoon yang digabung dengan taman hiburan, rumah hantu serta taman hidupan liar. Terdapat juga pusat membeli-belah Sunway Piramid yang menawarkan aktiviti ice skating, memanah, permainan boling dan banyak lagi selain daripada aktiviti membeli-belah. Terdapat juga Sunway Pyramid Hotel, Sunway Resort Hotel and Spa, Sunway Clio Hotel, Sunway Medical Centre, dan juga Sunway University di Bandar ini. Bandar berintegrasi ini amat menarik bagi pelancong dalam dan luar negara kerana ianya menawarkan pelbagai segmen, pengalaman dan aktiviti pelancongan yang lengkap. Luangkan 3 hari 2 malam di Bandar Sunway; pasti anda dapat merasai pengalaman yang menarik di sini!


BANDAR PUCHONG 

Tahukah anda, Bandar Puchong telah wujud hampir 120 tahun yang lalu di mana ia bukan sahaja terkenal dengan sektor ekonomi dan industri, malah juga sektor pelancongan. Tempat-tempat menarik yang boleh dikunjungi di Bandar Puchong ini adalah seperti Kenari Lane yang merupakan kawasan mural atau seni jalanan yang menarik untuk bergambar, pusat membeli belah terkenal seperti IOI Mall Puchong dan Setiawalk Puchong, Uptown Puchong Night Bazaar, Hotel Four Points by Sheraton Puchong, dan Kampung Orang Asli Rasau Hilir. Puchong juga dikenali dengan destinasi syurga makanan terutamanya makanan ‘street food’, makanan tradisonal kaum Cina dan banyak lagi. 


KAWASAN INSTITUT PENDIDIKAN TINGGI

Bandaraya Subang Jaya juga merupakan hab pendidikan tinggi yang mana ia mempunyai banyak kolej dan universiti antarabangsa yang terkenal seperti Kolej Taylor’s University, Sunway University, Kolej Inti, Kolej Segi, Kolej ALFA, Kolej Metropolitan dan banyak lagi. Jika anda ingin menyambung pelajaran anda ke peringkat yang lebih tinggi, Bandaraya Subang Jaya mempunyai banyak insititut pengajian tinggi ternama yang boleh anda pertimbangkan. Dari segi kemudahan sememangnya sangat lengkap, seperti kemudahan pengangkutan awam, penginapan untuk pelajar, pusat membeli belah dan pusat aktiviti riadah untuk para pelajar yang belajar di sini.


MEDICAL AND WELLNESS

Bandaraya Subang Jaya merupakan destinasi pelancongan perubatan dan kesihatan terkemuka Negara. Terdapat beberapa hospital terkemuka di Subang Jaya seperti Sunway Medical Centre, QHC Medical Centre, Subang Jaya Medical Centre dan Sime Darby Medical Centre. Bukan itu sahaja, terdapat juga pusat kecantikan dan spa yang boleh dikunjungi seperti Blossom Spa & Wellness Centre, Mandayu Spa & Wellness Centre, Heavenly Spa, Beauty Palace Muslimah Spa, SOTHYS Premium Facial, De Skin Beauty Saloon, Ridz Okumura Salon dan banyak lagi.


SS15

SS15 terkenal sebagai hab makanan dan kedai-kedai hipster untuk anda luangkan masa bersama keluarga atau rakan-rakan. Jika singgah di SS15, anda boleh ke kedai makan dan kafe terkenal seperti Rojak dan Cendol SS15, Restoran Jibril , Nasi Lemak Warisan Sambal Opah, Gold Chilli, Mezcla Burrito Bar, Warung Cikgu, Tryst CafĂ© dan banyak lagi. Di sini boleh diibaratkan sebagai syurga makanan kerana terdapat banyak pilihan makanan yang digemari para “food hunter”. Di sini juga banyak kedai-kedai yang menjual air ‘bubble tea’ dari pelbagai jenama yang ternama. SS15 juga terkenal dengan kawasan untuk anak-anak muda Subang Jaya mahupun dari Daerah lain, untuk meluangkan masa bersama rakan-rakan dan keluarga pada hujung minggu.


Bandaraya Subang Jaya bukan sahaja moden dan pesat membangun malah pihak Majlis Bandaraya Subang Jaya juga berusaha mengekalkan kawasan persekitaran yang harmoni dan bersih serta sering mengadakan program dan karnival seperti “Kayuhan Jom Sihat”, aktiviti senamrobik, program penanaman pokok, pertandingan melukis untuk kanak-kanak dan banyak lagi. Akhir kata, pihak Tourism Selangor mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan sekalung tahniah kepada Majlis Bandaraya Subang Jaya atas pengisytiharan naik-taraf status kepada Majlis Bandaraya Subang Jaya bermula 22 Oktober 2020 yang lalu.


Untuk informasi lanjut, layari laman sesawang rasmi Tourism Selangor di Selangor.Travel.


Laman Web Rasmi:  www.selangor.travel

Comments

Popular posts from this blog

Riadah Bersama Keluarga Di G2G Animal Garden, MAEPS Serdang

Bismillah, Hari ini VC ingin membawa anda menuju ke Serdang, Selangor kerana di situ terdapat sebuah Petting Zoo yang terletak di MAEPS Serdang. Biasa dengar tentang G2G Animal Garden ? Actually ni merupakan pertama kali VC membawa keluarga ke Petting Zoo, G2G Animal Garden walaupun jarak dari rumah tak lah jauh mana. VC pergi seawal 10 pagi, niat nak datang sebelum orang mulai ramai. Tapi tak sangka pula sesampai nya VC di sana, orang dah ramai beratur. Almaklumlah cuti umum, memang ramai ibu bapa turut mengambil kesempatan untuk membawa anak-anak mereka beriadah lebih-lebih lagi ke tempat tumpuan seperti Petting Zoo, G2G Animal Garden ni. Best juga berada di sini, ada banyak haiwan dan aktiviti boleh dilakukan bersama keluarga. Ada banyak lokasi haiwan yang boleh korang kunjungi seperti taman burung, rumah kucing, taman arnab, taman rusa, kandang kambing, ladang burung unta, rumah reptilia dan banyak lagi. Kawan-kawan VC kata haiwan-haiwan yang ada di Petting Zoo, G2G Animal Garden i

STREET ART Tumpuan Pelancong Di Selangor

Bismillah, Kredit Penuhkan Memori Telefon Anda dengan Gambar Karya Seni Yang Unik & Menarik di Selangor | Terdapat banyak seni jalanan yang boleh dilawati di Negeri Selangor. Seni jalanan dapat membantu industri pelancongan dengan menjadi salah satu destinasi pelancongan untuk para pelancong. Terdapat kawasan seni jalanan di Lembah Klang dan Shah Alam yang telah menghasilkan karya seni jalanan yang menarik. Seni jalanan ini mendapat sambutan hangat oleh pengunjung yang hadir untuk bergambar. Oleh itu, berikut adalah senarai seni jalanan yang boleh dikunjungi di Negeri Selangor: LAMAN SENI 7, SEKSYEN 7 SHAH ALAM Kredit Laman Seni 7 merupakan sambungan daripada Laman Seni 2 di Seksyen 7, Shah Alam, berdekatan dengan i-City di mana ia merupakan tempat atau zon yang kreatif dan cantik yang diwujudkan bertujuan untuk penghayatan bidang seni lukis dan kreatif. Kawasan ini adalah hasil daripada inisiatif Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) untuk mengubah lorong belakang kawasan komersial d

Selamat Datang Ke Vocab Selangor

Bismillah, Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani akhirnya terciptalah Vocab Selangor. Vocab Selangor ini merupakan merupakan salah satu cabang infomedia yang diinspirasikan daripada Vocab Kelantan dan Vocab Johor . Di sini VS ingin berkongsi dengan pembaca tentang tempat-tempat yang menarik yang terdapat di negeri Selangor, tempat-tempat makan yang popular dan sedap dan sebarang info dan pengetahuan am tentang negeri ini. VS turut mengalu-alukan sebarang bentuk kerjasama dan info-info dari anda sekiranya anda ada maklumat atau hebahan yang ingin dikongsikan kepada pembaca di Vocab Selangor ini. Sebarang maklumat yang ingin disampaikan atau dikongsikan bolehlah dihantar melalui emel vocabselangor@gmail.com .